dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kepimpinan Dalam Pasukan eSukan

8 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2026, tiga orang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk Kepimpinan Dalam Pasukan eSukan. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kepimpinan dalam membentuk pasukan yang lebih tersusun dan berdaya saing.

Peserta diperkenalkan kepada aspek penting seperti komunikasi, kerjasama, disiplin, pengurusan konflik dan kemahiran membuat keputusan dalam pasukan eSukan. Sesi ini turut menekankan peranan ketua dalam membina semangat berpasukan dan memastikan setiap ahli dapat bekerjasama dengan baik.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan serta membentuk pemain eSukan yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan profesional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.